ssbelum fster tu terkubur, biarlah aku semadikan warkah bermakna ko ni.... sungguh la itu durjana kamu ini..takpe2.sekurang2nye ade jgk org nk main2 warkah dgn aku kan? harharhar
(copied from warkah untuk dzay by saidatul huda bt hamzah)
assalamualaikum… and yo!!
aku pun tak tahu camner nak mulakan ayat.. sebab banyak nak cakap.. dan sikit nak tulis… senang kata aku takder idealah nak tulis tapi kalo jumpa dengan dzay perasan nie berterabur nak bercerita.. dari hal ehwal isi semasa, politik (p/s chewah.. bajet cam ahli profesional dalam politik) hinggalah ke bidang membuat ketupat atau dengan erti kata lain mengutuk…. hehe…
aku dengan dzay satu sekolah kat samura dari tingkatan 4 hinggalah 5 tapi kitaorang masatue suam-suam kuku… taklah rapat sangat dan tak lah macam musuh dalam perusahaan membuat ujian nuklear bawah tanah macam korea utara apatah lagi macam sekutu rapat seperti korea selatan dan USA… kira kalo jumpa just senyum jerlah cam iklan colgate.. aku kenal dia lebih mendalam sikit jerlah sewaktu dia jadi penolong kelas 5 cerdik sebab masa tue khalilah ( member lepak aku kat samura) satu kelas dia..
dan aku nie selalulah study samer-samer ngan khalilah… selalulah nampak dia… tapi masatue cam sama-sama buat iklan colgatelah..dan kitaorang menjadi rapat cam ahli gusti berlawan sewaktu kat kolej… dan menjadi sekutu rapat lagi bila aku pindah bilik cuma bawah tangga dari bilik dia.
ya ampun… bila dah kenal rapat ngan dia.. rasa cam menyesal lak kenal minah nie.. yelah ‘perasan tahap durian emas yang sedap giler diletak dalam bakul bersama tuan dia tapi tak der orang nak angkat’ cam tulah dia punyer takat perasan..dan dzay nie juga terkenal lah gak dengan keahlian KFC NYER!!!(p/s saper saper yang paham tue senyap-senyaplah jangan pula tulis dalam komen apa itu kfc sudah!!1).. kitaorang selalu lepak mendaki bukit dan berjogging dan makan kat warung ibu dan main ntah -ntah aper ntah yang membuang masa…
dia nie aku pun tak tahu kira macam ‘demon in angel’ menggunakan kecomelan (bajet comel lah tue… ) dia untuk membuli budak yang suci lagi baik dan pemalu seperti aku… haha… dan dia nie penghuni tetap warung budak perempuan 4 tahun yang gedik (WBPG) (p/s korang ingat tak budak perempuan yang makcik tue alah yang manja sikit.. SELAMBA JER KUTUK ANAK ORANG!!!) kira kalo dia sms aku confirm nak ajak makan kat bawah ( warung WBPG)..
selalu nyer waktu kitaorang lepak dlm kul 6.00 petang dan kalo malam lapar giler kul 11.00 yelah belajar kan menggunak otak ..( belajar lah sangat).. dia nie favourite makanan lah kalo tak silap aku mee kungfu .. aku tengok pun cam nak kungfu dia…selalu sangat order mee kungfu sampai aku mual… dan dia sanngup menggunakan taktik kotor dia iaitu mengggunakan teknik comel+ menggurat + senyuman bayi kepada makcik tokey warung itu untuk mendapat harga murah atau apa-apa yang free..TAK ADIL!!! aku pun cubalah teknik yang dzay guna tue.. harga tetap samer ceh!!!
aku kagum giler dengan dzay..dzay seorang yang tetap dengan pendirian dan kuat berusaha.. kira kata kalo dzay tengah main games atau baca komik.. tiba -tiba aku duduk sebelah dia membaca buku biologi tak pun pendidikan islam tingkatan 4 dan 5 .. dzay akan tetap concentrate dengan apa yang dia lakukan dan tetap dengan pendirian dia untuk menyambung bermain dan membaca komik..
dan dia akan berusaha sedaya upaya untuk mecari bahan sumber komik dan permainan games di dalam library dari pukul 10 hinggalah pukul 6.00 petang sebab waktu tue libarary tutup sekejap.. kalo library tue tak tutup aku rasa dzay memang bawa katil + bantal + lamari baju kat dalam library.. buat aper nak buat toliet.. libarary kan ader toliet.. haha.. aper korang tak percaya.. dzay memang camtue.. aper korang kater nama dzay tue tukar jadi aku.. itu adalah fitnah akhir zaman!!! hehe..
tapi sebenarnyer aku kagum+respect+suspect dengan dzay dan aku selalu lah mencontohi dzay punyer sikap walaupun seciput jer… kagum dengan semangat dia hendak sambung medik dan semanagat membangun semula kalo jatuh lepastu kena lenyek dengan ahli sumo ( dugaan lah tue).. respect dengan usaha tak mengaku kalah.. dan menahan cakap-cakap orang+ letcure dan bangga bila kawan aku sambung medik kat india.. sedih bila cakap kat telefon masa dia nak pergi fly…
sayu bila dia takder kat sebelah sebab dzay adalah pendengar terbaik kalo aku ader problem.. dan boleh bagi alasan serta solution yang logik tanpa melukakan mana-mana pihak..gembira bila dia cakap dia dapat kejar balik apa yang dibelajar kat india dan lulus.. (alhamdullilah.. sebab diaorang masuk universiti tue lambat dan banyak dah belajar.. lambat selama 3 bulan tue) dan suspect apakah dia menggunakan kecomelan dia untuk mendapat harga murah tak pun free roti capati kat sana ( sebab dia selalu cakap dia dapat makan capati banyak sangat)… hehe..
alamak .. kater takder idea nak menulis tapi banyak giler aku tulis.. ok..ok.. aku stop kat sini…
TO DZAY:
YO.. aku rindu seh kat ko bila aku tengok cerita hindustan.. dan setiap kali bab goleng- goleng dan tari menari .. aku mesti ingat ko…
masa ko nak fly aku tak nak hantar sebab aku tak nak image aku hancur dan menjadi buruk di depan khalayak ramai.. sebab confirm aku nangis.. sebab masa aradebulb fly pun aku macam nak nangis itupun aku tahan…
dzay.. aku doakan kejayaan ko dan kegembiraan ko serta kebahagiaan ko.. aku tak mahu doakan kejayaan ko jer sebab aku takut ko tak gembira walaupun ko berjaya.. kira macam 3 in 1 lah… hehe..
dzay.. walauapapun berlaku ko tetap ko dan kalo ko hilang sikap kecomelan ko aku tetap akan buat comel dengan gaya aku.. hehe.. kira macam make up over..
dzay.. aku letakkan ko dalam jagaan Allah… walauapapun dugaan menimpa first yang ko adu adalah kepada Allah.. aku tak kisah kalo aku tak masuk list.. sebab aku percaya apa yang ditentukan Allah adalah terbaik untuk hamba-hambaNya..
last but not least.. aku sayang ko kerana Allah bukan sebab sikap comel ko yang perasan.. hehe..
‘One cannot live unless they have something worth living for.
One cannot die without having something to leave behind.
And one cannot love unless they have the two above.’
(copied from warkah untuk dzay by saidatul huda bt hamzah)
0 komplen:
Post a Comment
komen lah kalau nak