Bismillah
Sudah 8 tahun blog ini terkubur. Gara-gara kerana kewujudan Instagram , Facebook dan juga Twitter yang lebih dominan dalam masyarakat. 5 tahun dahulu, masyarakat masih belum terbiasa lagi dengan semua itu. Namun kini, ibu bapa kita yang sudah pencen pun mempunyai akan Facebook dan Instagram. Ye bukan?
8 tahun dahulu, banyak bezanya dengan sekarang. Fuh.
Dahulunya Friendster.Sekarang Instagram. Facebook.Twitter.
Dahulunya aku belum bekerja. Sekarang sudah 5 tahun aku berkhidmat kepada masyarakat.
Dahulunya aku belum berkahwin. Sekarang sudah dikurniakan Tuhan 2 cahaya mata
Dahulunya 50kg. Sekarang peha sudah 2 kali ganda. Berat? Tak usah ceritalah. Segan.
Dahulunya aku baru menamatkan zaman Degree. Sekarang aku sudah mahu memulakan perjalanan Master pulak. Alhamdulillah.
Dahulunya telefonku kurang pintar masih keypad lagi. Sekarang telefon lagi pintar daripada tuannya.
Dahulunya aku rajin mengaji, solat sunat,puasa sunat. sekarang makin berkurang semua itu. Allahu!
Apakah semua perkara diatas yang sepatutnya lagi memajukan tapi sebenarnya memundurkan?
Apakah alasanku?

0 komplen:
Post a Comment
komen lah kalau nak