Persediaan Menyambut Cahaya Mata

30 May, 2019 0 komplen
Bismillah. Harini ingin sekali aku kongsi tentang senarai persiapan menyambut cahaya mata baru ya, terutama untuk bakal ibu bapa buat pertama kalinya yang mungkin ''blur'' sikit.
Dulunya aku pun cari daripada blog-blog lain, terutamanya blog Irine Nadia. Terima kasih Irine.
Aku pecahkan kepada beberapa bahagian ye.

Ibu

Kelengkapan Penyusuan ibu

1.Breast pump.
  Aku gunakan Medela Freestyle, beli waktu baby fair. Dapat harga promo, siap percuma free gift lagi. Tapi dah makin mahal sekarang ni. Advantage adalah ianya portable, charge guna charger dia, macam charge phone, ringan, agak senyap, dan boleh pump dua2 belah sekali. Lepas bersalin anak kedua pun , performance Medela ni sangat bagus. Kat salah satu hospital kerajaan yang aku pernah admit dulu pun guna brand Medela. Kekurangan : harga yang melambung-lambung. Jadi tergantung kepada bajet ibu-ibu ya mana yang sesuai.

2. Breast pad - brand Bubbles adalah yg paling aku gemar. Dah banyak try brand lain, tapi aku tetap suka Bubbles.

3. Krim Nipple - Aku gunakan krim Medela Purelan. Harga agak mahal sedikit, Rm 60 + untuk 1 tube kecil. Yang bagusnya, ia agak efektif untuk mengatasi crack nipple dan yang paling penting, tak perlu basuh sebelum penyusuan. Selamat untuk bayi, sebab kalau pakai cream lain, takut terlupa nak cuci dulu dalam kalut baby nangis. Krim ni boleh start pakai waktu pregnant lagi.

4. Nursing cover - suggest  beli kain muslin yang tak panas, dan ada besi kat atas. aku pernah tersilap beli yang tutup habis kat atas, kita tak boleh tinjau baby. kasihan baby panas dalam tu. Aku gunakan brand Mothercare. Best !

5. Breastfeeding bra - Aku tak guna pun lepas beli sebab rasa tak selesa. Sudahnya pakai bra lama.

6. 2 set Cooler bag dan ice pack - Cooler bag ni, beli lah yang comel, stylo untuk kita guna bawak kehulu kehilir waktu bekerja, barulah nampak mommy ada gaya ! Dan beli lagi satu set untuk diberikan set susu kepada pengasuh ya.

7. Storage bottles untuk letak susu

8.Milk collector plastic bag - setakat ni brand Autumnz terbaik. tak pernah bocor. Ada jugak dengar complain brand yang leaking. alahai kasihan susu ibu terbazir

9. Deep freezer - Okay ni kalau kita punya fridge sedia ada di rumah tu kecil ya. boleh invest untuk beli freezer ni. Bagus juga sebab ikan , daging basah terasing daripada susu frozen tu.

10. Sticker dan marker - sticker boleh beli dikedai buku untuk kita label dibotol tarikh susu dipam. Marker pen  pulak gunanya untuk tulis kat collector bag.

11. Milk collector - optional. Aku guna ni untuk tadah breast lagi sebelah ketika baby minum sebelah lagi. Banyak dijual dimarket dah jenis yang silicon. Mahal ada, murah pun ada. Aku guna Autumnz, harga Rm 20+ beli di shoppee.

12. Nursing pillow - optional , untuk keselesaan



Keperluan Berpantang

1. Maternity pad - Contoh yang senang dapat adalah Pureen. Bila pakai maternity pad, kurang geser dengan luka jahitan tu. Lebih selesa.

2. Bengkung - Ada banyak dalam pasaran, kebanyakan yang moden.Kat shoppee dan Lazada ada banyak jual .  Kalau nak yang jenis tradisional yang panjang, upah orang jahit kan jelah

3.Tungku ibu - Aku guna batu sungai turun temurun. Bakar dulu batu ni atas api, lepas tu,tuam kat perut kita. Selesa yakmat.

4. Tungku bayi

5. Kain batik - orang tua2 suruh pakai kain batik dalam pantang sebab taknak orang yang gonjeng macam aku ni lasak-lasak pakai seluar, nanti luka tu lambat elok pulak

6. Stokin

7. Set berpantang - Okay to be honest, aku tak ambil langsung jamu/ akar kayu sebab aku tak yakin kandungan dalam tu. Aku teruskan makan hematinics dan vitamin yang doktor bagi je. Set berpantang ni aku guna untuk luaran sahaja.

i) Sabun Mandi - Aku gunakan Tanamera Brown soap. Sedap woo sebab dia ada biji-biji. Tak payah pakai span  badan dah. Bau tak wangi , biasa je.

ii) Minyak angin untuk mengurut

iii) Param pilis - Aku culas pakai barang ni sebab nak menempek kat dahi, lecehnya :P

iv) Losyen halia - Dunia herb ada. selesa je pakai kat perut dan otot-otot yang dah letih selama 9 bulan tu

v) Mandian akar kayu - Ni mak aku sediakan fresh masa berpantang kat kampung. Pelbagai daun-daun wangi, dimasak, dan kita mandi dengan air panas tu, wanginya... dan lega badan kita. Masa ni la nak manja-manja macam di spa ya.

8. Tukang urut - Okey , confinement lady / tukang urut ni kena cari sebelum bersalin lah ye. Tukang urut yang nak mengurut orang dalam pantang ni bukan semua orang nak buat tau. Dan confinement lady pulak, kene invest duit sikit la ye. Aku beruntung sebab mak aku tolong jaga aku dalam pantang, menu pantang semua dia yang setelkan, manakala nenek aku pulak pandai mengurut (memang bidan kampung terlatih). Syukurrr

9. Syrup Lactulose - Aku ada pengalaman sembelit yang sangat tak menyakitkan waktu dalam pantang untuk kedua-dua anak. Sangat common terjadi ye. Ibu boleh standby ubat ni , beli daripada watson. Ada sesetengah hospital akan beri waktu discharge.

Bayi

Pakaian

1. Baju - Baju siang, baju malam, baju lubang-lubang, rompers dan segala keturunan dia ikut suka hati kamu lah.Aku cadangkan beli baju saiz newborn tu sikit je. Jangan beli banyak-banyak, nanti cepat je tak muat dah. Beli lebih banyak size S atau 0-6 month tau tau.

2.  Napkin - Aku guna napkin bukan sebagai diapers, tapi untuk lap macam-macam.muntah la, air liur la, susu tumpah la. Aku suka sebab saiz besar.

3. Diapers -  pun sama . Jangan beli size newborn banyak-banyak. Maybe boleh beli 2-3 pack je. selebihnya beli size S ye. Dan baby awal-awal ni akan berak dengan sangat kerap, kencing kurang ,jadi akan guna banyak diapers. So aku cadangkan beli yang brand murah-murah je awal ni. Bila dah besar skit dan banyak kencing, korang beli lah brand yang okey untuk menampung kencing mereka ya.

4. Mitten dan booties - Mitten tu aku pakaikan sekejap je dalam seminggu dua, frust sebab asyik tanggal je. Make sure kuku baby pendek jela, kalau tak habis berceloreng habis pipi dia nanti sebab sendiri yang cakar. Lagipun pakar kanak2 cadangkan untuk tak pakaikan pun mitten/ booties ni untuk merangsang perkembangan otak mereka. Baby akan lebih cepat respond terhadap surrounding mereka. Booties je aku pakaikan sebab kaki baby aku selalu sejuk dan mereka lebih  senang tidur kalau pakai stokin.

5. Bedung - Aku ada 2 jenis bedung- 1 bedung hok comey2 - nak guna bila bawa baby keluar pergi klinik untuk check up. 1 jenis lagi, kain batik dan kain pelekat lama yang selesa, sejuk yakmat. Yang ni aku pakaikan kat rumah , nampak klasik sikit hehe

6. Bibs

7.Topi - Perlu untuk protect bayi daripada hypothermia kalau sejuk sangat.

8.Barut

9. Detergent - Beli yang khas untuk bayi, untuk elakkan risiko alergi

10.Ampaian baju dan sepit baju bayi



Kelengkapan Tidur

1. Bantal dan tilam - Aku tak galakkan penggunaan bantal dalam newborn, sebab tinggi risiko kematian bayi - SIDS - Sudden Infant Death Syndrome. Kepala newborn ni besar tau, bila letak bantal, kedudukan kepala tu boleh block salur pernafasan tau. Sama la kalau letak comforter la, bantal la, selimut kat baby, tinggi risiko ya. Kan ada banyak kes bayi meninggal secara tiba2. Kebanyakannya sebab lemas. Aku tidurkan baby macam tu je atas tilam. Bedung siap-siap,mungkin boleh alas la kepala baby dengan kain yang lipat2 je.

2. Tudung saji - haha. Kelambu net  untuk melindungi daripada serangan nyamuk

3. Selimut


Peralatan mandi/ bersiap

1. Hand sanitizer untuk ibu dan visitor - kurangkan risiko jangkitan kuman ! Ada banyak jual kat Watson tu ha

2. Wet tissue, tissue, spray air

3. Minyak telon

4. Cream rash - Bepanthen cream memang best.

5. Termometer

6. Baby oil untuk urut dan sapu kat rambut

7. Nail clipper untuk bayi

8. Tuala mandi

9. Tab mandi bayi

10. Sabun mandi - beli yang mild dan sesuai untuk newborn ya

11. Diaper changing mat

12. Cotton bud dan cotton ball

13 Losyen

* Aku tak gunakan bedak, sebab aku tak yakin dengan particle talcum yang bayi akan hidu tu. Tak pakai tak rugi pun.


Peralatan penyusuan bayi

1. Botol susu dan puting- Ini khas untuk ibu bekerja atau exclusive pumping mum. Aku guna Pigeon Peristaltic Plus- sebab puting dia mimik nipple semulajadi. Takla susah hati sangat bila pergi kerja, sebab bayi kita ni semua dah terbiasa direct feeding je kan. sebab tu penting untuk bottle train beberapa minggu sebelum kita pergi kerja ya.

2. Berus botol

3. Sabun cuci botol

4. Rak botol - untuk keringkan botol dan komponen breastpump

5. Troli Raskog Ikea - troli ni sangat membantu, letakkan semua keperluan bayi dan portable jugak.

6. Thermos

7. Warmer susu atau panaskan susu dengan air panas je

8. Sterilizer - optional. Boleh juga didihkan dengan air panas.

9. Susu formula - Aku menyokong penyusuan susu badan sepenuhnya tau. Tapi tak berdosa pun kalau bagi anak minum formula dalam sesetengah keadaan yang mendesak. Boleh standby tin kecik je mungkin. Tapi pada masa yang sama ibu kena berusaha tau untuk bagi susu badan kat baby. IT IS GOLDEN DROP




Lain-lain keperluan

1. Baby Carrier - optional

2. Car seat - COMPULSORY . Kalau nak pakai untuk long term, beli yang covertibles, boleh adjust daripada newborn sampai la besar. Carrier pun boleh juga jadi car seat newborn, ikut kesesuaian ya.

3. Stroller - Jangan beli yang terlalu gedabak, tengok2 la skit saiz kereta muat ke tak

4. Buaian - SILA GUNA DENGAN PENUH BERHATI-HATI ATAS RISIKO SENDIRI. Again, risiko SIDS dan risiko untuk bayi jatuh. Aku faham, bukan semua orang mampu nak beli baby swing yang macam daun tu. Cuma hati2 ya ibu. Jangan tinggalkan bayi tanpa pengawasan.

5. Baby cot - sebaiknya bayi ni asing tidur daripada ibu bapa, untuk elak SIDS lagi

6. Travel bag - Untuk simpan keperluan bayi kalau nak kena pergi klinik check up dan travel ke mana2. Dan juga beg untuk beri kepada pengasuh.

7. Mainan lembut yang sesuai

BEG HOSPITAL

1. Beg emergency.
Beg ni patut diletakkan di tempat yang senang dicapai ya. Kalau orang bekerja, masukkan siap2 ke dalam boot kereta bila dah hujung-hujung pregnancy tu. Ini yang paling penting untuk bersalin


1) Buku rekod mengandung
2) Dompet & prepare GL siap2 jika ada
3) Sedikit diapers
4) Beberapa pasang baju bayi dengan mitten,booties, topi
5) Maternity pad
6)Pakaian dalam
7) Tudung sarung yang paling selesa yang kau ada
8)Baju inner/handsock - optional
9) Bedung bayi

Jangan risau pakaian ibu- hospital sediakan.

2. Beg masuk wad IBU

Beg ni bila dah masuk wad/ selepas bersalin

1)Telekung - please ya, jangan tinggal solat selagi tak bersalin, wajib solat
2)Sepersalinan pakaian untuk discharge
3) Tuala mandi
4)Selipar toilet
5) Pakaian dalam- boleh beli seluar dalam pakai buang. senang...
6) Peralatan mandi, dan selepas mandi
7) Maternity pad
8)Breast pad
9) Charger fon/ powerbank
10) Snek, kurma, biskut, milo
11) Cawan, sudu, pinggan, thermos
12) Breastpump equipment
13) AlQuran/ terjemahan
14) Tudung sarung paling selesa

3. Beg baby

1) Pakaian bayi, mitten, booties dan topi
2) Peralatan mandi dan selepas mandi
3) Bedung
4)Diapers
5) Wet tissue
6) Napkin


Fuh, panjangnya sis menaip. Ini semua adalah panduan kasar sahaja. Bergantung pada bajet dan keperluan ya. Ini pun aku berani tulis lepas dah bersalin 2 anak. Jadi perkongsian ni ikut pengalaman aku yang tak seberapa ni ya.

Memang akan keluar belanja yang banyak untuk menyambut kelahiran , terutama anak pertama. Anak kedua aku memang recycle 100% dan kos dah jadi sikit je untuk anak kedua.

Kalau anda ada orang yang nak bagi barang bayi, ambik je ambik je, jimat selagi boleh.  Kalau yang jenis ada bff till jannah tu, ha, nilah masanya untuk mintak hadiah tertentu ( Medela contohnya, haha)

Ok harap maaf ya jika ada kekurangan..Selamat menjadi ibu bapa yang baru yaa .

Lots of love daripada ibu kepada ibu.
Anak pertama, dah besar dah budak ini

Oh ni pun optional, beli kat Big Bad Wolf, berbaloi-baloi



0 komplen:

Post a Comment

komen lah kalau nak

 

©Copyright 2011 Amiralization | TNB