Tengok baby tuuuu

26 March, 2010 1 komplen


Cuba perhatikan bayi. yang sedang merangkak. Asalkan mata dia jaga je, memang merayap macam lipas. Panjat kerusi, panjat meja, panjat la almari mekap mak dia..tu baru panjat.belum usik barang lagi.... apa saja barang ada atas meja memang akan kena ambik punya.......... apatah lagi kalau barang tu ada atas lantai..dari jauh bayi itu akan terus mengejar dgn merangkak laju2 sebab nak kutip barang itu.


Cuba perhatikan.biasanya,,, setiap barang di tangan baby itu akan diteliti dengan deria SENTUH dan  ibarat ahli forensik menyiasat scene pembunuhan menggunakan deria LIHAT..... curious sungguh anak kecil mahu tahu kan.... kemudian akan di masukkan dalam mulut utk dia RASA ,makanan ke tu, ape rasanya,,,,Tak cukup dengan tu, diletak bawah hidung untuk di BAU..... dan tak lupa kekadang di letak tepi telinga nak DENGAR jika objek itu mengeluarkan bunyi .....






Itu baru anak kecil....dah ada keinginan nak tahu yang tinggi..
Die nak tau xde sape yg suruh..
Die nak tau bukan sebab dia ada exam minggu depan.
Die nak tau sebab Allah dah ciptakan otak utk dia sebagai hadiah dan anugerah.Jadi dia guna la kan.


Kita? belajar sebab mak+ayah+kerajaan+penaja+cikgu suruh.
Kita belajar sebab ada exam ni.
Kita belajar sebab kawan2 belajar jugak.
Kita belajar sebab 'time pass'.


Kalau anda dah tengok citer '3 IDIOTS', pasti anda tau camne prinsip Amir Khan belajar dlm cerita tu kan. 


Jadi apa yg ingin ditegaskan disini adalah, belajarlah kerana minat dan sifat ingin tahu ibarat bayi yang baru pertama kali jumpa bola. Sesungguhnya ilmu itu milik Allah...  Jom kita usaha mencarinya  ^_^


"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua ) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan kami mudahkan gunung ganang dan unggas memuji  Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semua itu'' 


 Surah Al- Anbiyaa :79








p/s: idea harini datang dari  HOD ENT =)

1 komplen:

Post a Comment

komen lah kalau nak

 

©Copyright 2011 Amiralization | TNB