menang dek sahabat kalah dek setan

26 February, 2010 0 komplen
Semalam terluka lagi.Bese la pompuan.pas terluka maka mengalir la air mata bersekali hingus dan air liur. Maka dikala bermuram durja maka setan pon mule membisikkan bermacam2 strategi. 'kau patut trus bersedih je.org dah naya ko'.'kau balas balik je...barulah adil'.dan bermacam2 lagi la.rasa best nak buat.berkobar2 dalam keadaan marah dan sedeh....tapi......Allah tu maha adil...Dia kurniakan aku sahabat2. Dikala setan sedang menyiram petrol ke atas api, maka sahabat2 menyembur dengan alat pemadam api ABC berisi buih2.....
fuh...sejuk  je rasanya.... walaupun nak guna pemadam api tu susah dan berat, tapi kalau kita belajar camne nak guna diwaktu kecemasan, mesti senangnye..
1.kalau berat sangat pemadam api tu, caranya mudah saje.kite boleh seret je....
2.pas2 camne nak unlock adelah dgn menarik picu nya.
3.sebelum tekan kita kene halakan salur tu ke arah api.dan pegang kuat sebab pressure yang akan kuar adalah kuat.kalau kite x pegang kuat salur tu nanti ia akan bergerak2 sendiri sambil terhambur2 ke kiri dan kanan tanpa kawalan...
4.dah abes tu kite cabut lari la sebelum kene tangkap dgn warden

rujukan:kisah benar di asrama dahulu dimana penulis cuba mau jadi hero kerana ada kebakaran mesin basuh di asrama. maka penulis teringat cara2 menggunakannya yg diajar oleh pakcik2 bomba semasa penulis darjah 3 dahulu.tanpa merujuk kepada warden maka penulis jadi bomba skejap. sedang2 memadamkan kebakaran maka warden yang itu poyo datang marah2 kerana menggunakan tanpa izin dia. maka penulis mencampakkan itu tong lalu melarikan diri sebelum warden dpt tgkp penulis. warga2 aspuri pula menyembunyikan identiti penulis dan menggelarkan penulis sebagai wirawati aspuri. penulis puas ati kerana dapat padamkan itu api..

cerita kebakaran ini tiada kaitan dengan ini tajuk. terima kasih.

0 komplen:

Post a Comment

komen lah kalau nak

 

©Copyright 2011 Amiralization | TNB