Apa yang ingin saya ceritakan pada hari ini adalah perihal bersaudara. Apa yang saya ingin tekankan disini adalah bersaudara dgn saudara yang betul2 saudara. maksud saya yg ada pertalian darah la... bukan sahabat,bukan teman, bukan jiran.ok.atau dlm bahasa lainnya, yang paling mudah adalah keluarga la.
Di Malaysia, kini, kita lihat semua orang nampak dah senang berbanding 10 atau 20 taun dulu. Kalau tgk persekitaran rumah aku sendiri yang terdiri daripada kelas yang bergaji rendah (taraf pengawal atau jaga), masing2 sudah ada pinggan atas bumbung, TV LCD 50 inchi, semua ada kereta, paling kurang pun kereta MYVi, (pengawal pakai Perdana dgn Honda Civic pun ada jgk tau), sudah pernah jejak kaki di luar negara untuk melancong( terutamanya ke Bandung dan Jakarta) dan tak kurang pulak ada yang dah pernah bawak 1 keluarga ke Tanah Suci Mekah. Itu lagi bagus. Alhamdulillah. Maknanya aku boleh simpulkan bahawa rakyat Malaysia sudah maju ekonomi keluarganya. bagus.
Akan tetapi, ada 1 nilai yang makin hilang...... hilang................hilang........................terus hilang ibarat mesin jantung yang macam ni (ECG cacat)
_______/\_____/\_____________/\______________________________/\______________________________________________________________________________________________________ TEETTTTTTTT Innalillah....
mcm tu jugalah semangat kekeluargaan yang semakin luput ditelan zaman...kenapa ya? adakah sebab
1. Masing2 dah kaya, xpayah pinjam duit saudara
2. Masing2 dah kaya, jauhkan diri dari saudara, nnt saudara mara asyik nak pinjam saja.
3.Masing2 dah tak balik raya sama keluarga, lebih baik pergi bercuti, jimat duit nak kne belanja anak2 saudara
4. Masing2 teringat kisah lama semasa zaman muda2 dahulu. Si abang dahulu selalu pukul adik, si sepupu selalu cubit pipi sepupu sampai luka, si adik dulu mengada2 sama mak bapak,sampaikan si kakak selalu xdapat macam adik dapat...Dalam kata lainnya, dendam lah ni...
5. Masing2 tak suka sama calon isteri minah saleh yang abang bawak balik dari landen.
6. Masing2 lari sebab xbayar2 lagi hutang dengan along(abang sulung)
7. Masing2 berkira .''asyik aku saja bagi duit kat mak tiap2 bulan.duit kau mana?manjang je takde duit!''
8. Bila isteri sudah meninggal, suami dah terputus hubungan dengan keluarga si isteri..terutama kalau dia kawen lain..
dan macam2 lagi lah....
janganlah begitu....
buatlah baik dengan saudara...
kalaulah ibu bapa kita ditakdirkan meninggal satu hari nanti, ada tak kita fikir sapa yang nak tanggung kita? tak pun fikir lah, siapa lah yang akan jadi wali kita?
paling tak pun lah, fikir lah sapa yang nak jaga adik2 kita yang tengah sekolah? kita ke? kita pun makan tanggung duit biasiswa+ptpn+pinjaman lagi...... sapalah yang boleh jaga makan minum pakai tidur mereka perfectlykan? rumah anak yatim?? lebih baik saudara sendiri yang jaga kalau ada sedara kan.......
itulah,,kita tak tahu apa nasib kita, ibu bapa,adik2, atau anak2 kita pada masa depan...xperlu rasanya nak sombong dengan saudara sendiri... selagi kita ada orang yang sama kolam genetiknya dengan kita, kita jaga lah ye perhubungan tu.... saudara lah orang yang sanggup bersusah payah demi kita, kalau kita berbuat baik dengan mereka betul tak? kalau x betul tak tahu lah aku.
jangan sampai nanti kalau kita dah terbujur dgn uniform putih, xde sorng pun saudara datang menjenguk...
Apa yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan (pengajaran cerita sang kancil dan sang harimau yang aku duk baca masa zaman batu dulu)
0 komplen:
Post a Comment
komen lah kalau nak