Bezakan sel sebelah kiri dan sebelah kanan.
Dalam badan seorang manusia yang sihat, sel adalah seperti sebelah kiri.
Dalam menjalani pelbagai proses dalam badan, sel kita membahagi sepanjang masa untuk mengawal pelbagai aktiviti Contohnya, jika berlaku kecederaan, pembahagian sel adalah penting untuk pemulihan tisu. begitu juga untuk tumbesaran manusia. Proses pembahagian ini adalah perkara normal yang dikawal oleh badan kita.
Namun jika kawalan itu hilang gara-gara pelbagai punca seperti radiasi, masalah genetik, makanan, bahan kimia berbahaya , hormon dan sebagainya, sel kita akan terus menerus membahagi tanpa kawalan kerana DNA yang terganggu lantas menghasilkan tisu yang membesar lebih daripada biasa yang kita panggil sebagai KANSER.
Secara mata kasar, kita hanya dapat lihat tisu kanser itu dari luar dan dapat dirasa, tetapi tidak pula dapat kita lihat sel yang mengalami perubahan itu kecuali jika kita menggunakan mikroskop.
Apabila sudah berlaku kanser, maka kebanyakan fungsi tisu itu sudah hilang. Dengan itu maka hilanglah kegunaan tisu dan organ itu gara-gara kanser. Si penanggung kanser akan terasa sakit, tidak berdaya untuk menjalani kehidupan seperti seorang yang tanpa kanser lagi. Setelah sekian lama, kebanyakan pesakit kanser diakhiri dengan kematian.
Begitulah kita. Sesuatu organisasi itu akan hilang kredibiliti, hilang martabat, hilang kuasa jika ada sel kanser.
Sel kanser yang sebenarnya adalah individu itu sendiri. Apabila berlaku nya pendedahan minda sekumpulan sel kepada radiasi, radiasi ini merosakkan sel-sel terbabit lantas menyebabkan sel-sel ini tidak terkawal lagi. Maka terhasil la tisu kanser, puncanya bermula dari sel.
Individu itu lah sebenarnya yang membentuk sesuatu organisasi. Rosak individu, rosaklah seluruh organisasi.
Jika kita hendak tahu apa nasib sesebuah negara pada masa akan datang, cukuplah kita pandang sahaja generasi mudanya. Jika awal-awal lagi yang muda ini sudah jadi sel kanser, dapat lah kita bayangkan masa hadapan mereka.
Wahai pemuda pemudi bangsa ku, usahlah kita jadi sel kanser. Kita bangkitlah. Demi bangsa, agama, negara kita. Marilah kejar pencapaian terbaik dalam semua aspek. Bukan dunia sahaja. Kejarlah akhirat jua.
Zaman ini, kita perlu berfikiran moden. Moden bukanlah semata-mata gaya hidup.Moden pada cara kita ingin memajukan agama,bangsa,negara jua adalah yang terbaik.
Kerna agama kita jua menuntut kita berusaha untuk mempertahankan agama itu sendiri, bangsa dan negara.
Caranya? Cara paling mudah ialah menjadi sel yang baik, yang tidak senang berubah walau terkena radiasi dan unsur-unsur jahat. Walaupun sel itu kecil saiznya, tetapi besar kesannya.
0 komplen:
Post a Comment
komen lah kalau nak